FOTO : Xinhua Press
Perkahwinan adalah satu penyatuan dua cinta. Jika perkahwinan Kim Kardashian and Kanye West mencecah belanja sebanyak RM51 juta mendapat perhatian seluruh dunia. Kini dua bintang China aktres dan model Angelababy dengan pelakon Huang Xiaoming mengalahkan pasangan glamor itu apabila mencatat perbelanjaan perkahwinan kedua termahal bernilai RM131 juta, selepas perkahwinan diraja Kate Middleton dan Prince William yang menelan belanja RM145 juta.
Huang Xiaoming adalah seorang aktor popular di China. Angelababy atau nama sebenarnya Angela Yeung pula bermula sebagai seorang model remaja dan kini turut bergelar pelakon. Aktres jelita ini turut mendapat jolokan nama Kim Kardashian China berikutan gaya hidup mewah yang diketengahkan.
FOTO : ImagineChina
Cincin perkahwinan 6 karat daripada Chaumet bernilai £1 juta (RM6.5 juta) adalah di antara kos perbelanjaan perkahwinan mereka. Majlis ini turut dipancarkan secara live streaming buat peminat mereka. Lebih mengagumkan apabila 2,000 tetamu yang menghadiri majlis ini diberi beg penuh dengan hadiah termasuklah sebuah telefon bimbit!
Busana pengantin kesemuanya direka khas dari jenama Dior dengan gaun sepanjang 10 kaki dan kek perkahwinan setinggi 10 kaki bernilai lebih RM6 juta dalam satu majlis bertemakan Inggeris. Pasangan ini turut mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di Paris dengan memakai persalinan dari pereka terkemuka dunia Elie Saab. Foto pra-perkahwinan ini turut dipamerkan pada hari sebelum di lokasi majlis.
Dewan Shanghai Exhibition Center dipenuhi dengan ribuan bunga-bungaan serta pengantin memotong kek berbentuk karousel yang mengambil masa sebulan untuk dihasilkan. Dewan besar ini turut memamarkan hologram sebuah istana seolah membawa tetamu hanyut dalam dunia fantasi Angelababy dan Huang.