Segalanya bermula apabila beberapa foto terkini Neelofa menunjukkan penampilan fizikal agak berisi di bahagian perut seakan baby bump, lalu peminat membuat andaian bahawa dia kini sedang berbadan dua.
Pasangan itu memilih untuk mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, namun baru-baru ini Haris mengulas secara ringkas mengenai isu yang hangat diperkatakan.
Ketika sesi temu bual siaran langsung Sembang Viral bersama Datuk Rosyam Nor yang membincangkan topik hijab dan hijrah, penerbit itu sempat mengajukan soalan kepada Haris mengenai status kehamilan isterinya.