Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 27 Mac 2021 dalam satu majlis serba putih yang cukup gemilang di Grand Hyatt.
Kongsi Neelofa kepada EH! sebelum ini, dia tidak merancang waktu tertentu untuk menimang cahaya mata.
“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka.”