Oleh: Farhana Fuad
Peningkatan kes penceraian masa kini rancak dan seolah menjadi satu trend untuk mengakhiri perhubungan bila dah tak sehaluan lagi. Ianya boleh dilihat di kalangan rakan-rakan kita sendiri apatah lagi oleh bintang Barat yang sudah lazim dengan gaya hidup begini. Ianya ibarat satu tindakan yang bukan menghairankan malah sangat biasa dalam kehidupan mereka dan bertukar-tukar pasangan hidup menjadi trend kala memulakan hidup baru nanti.
Mungkin itu hidup dunia selebriti tetapi sebagai individu yang disangjung dan menjadi tumpuan khalayak ianya sedikit sebanyak memberikan impak kepada peminat-peminat mereka yang menjadikan mereka sebagai idola. EH! senaraikan selebriti Hollywood yang memfailkan cerai dan berpisah pada tahun ini.
Avril Lavigne & Chad Kroeger

Sumber dari media barat menyatakan bahawa Avril serta Chad sudah bercerai baru-baru ini selepas dua tahun perkahwinan. Avril juga turut mengesahkannya dalam di laman Instagram dan berharap mereka masih dalam dapat menjadi sahabat sejati.
Megan Fox & Brian Austin Green

Aktres seksi yang mula meningkat naik dari filem Transformers ini memfailkan cerai kepada Brian Austin Green pada Ogos lalu setelah lima tahun berkahwin.
Gwen Stefani & Gavin Rossdale

Penyanyi pop yang terkenal melalui lagunya yang berjudul Don’t Speak ini memfailkan cerai kepada pemuzik Gavin Rossdale pada Ogos lalu. Mereka sudah berkahwin selama 13 tahun dan mempunyai tiga orang anak.
Blake Shelton & Miranda Lambert

Mereka menyatakan kepada media akan penceraian mereka setelah empat tahun perkahwinan. Jurucakap Shelton mengumumkannya pada Julai lalu.
Suki Waterhouse & Bradley Cooper

Dua selebriti ini menyatakan tentang perpisahan mereka pada bulan Mac yang lalu setelah hampir dua tahun bercinta.
Hilary Duff & Mike Comrie
![51301410 After three years of marriage singer/actress Hilary Duff and former hockey player Mike Comrie are calling it quits! The couple have mutually decided [on] an amicable separation," a rep for the actress confirmed to the Daily News. "They remain best friends and will continue to be in each other's lives. They are dedicated to loving and parenting their amazing son, and ask for privacy at this time." Pictured is Hilary and Mike during happier times... **FILE PHOTOS** After three years of marriage singer/actress Hilary Duff and former hockey player Mike Comrie are calling it quits! The couple have mutually decided [on] an amicable separation," a rep for the actress confirmed to the Daily News. "They remain best friends and will continue to be in each other's lives. They are dedicated to loving and parenting their amazing son, and ask for privacy at this time." Pictured is Hilary and Mike during happier times... **FILE PHOTOS** FameFlynet, Inc - Beverly Hills, CA, USA - +1 (818) 307-4813](http://old.eh.my/wp-content/uploads/2015/09/T46498620_2M.jpg)
Setelah lima tahun berkahwin, Hilary Duff memfailkan cerai kepada Mike Comrie pada Februari awal tahun ini.
Mandy Moore & Ryan Adams

Kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 23, tahun ini yang hampir pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6.
Patrick Demsey & Jillian Fink

Setelah 15 tahun berkahwin, kedua-dua selebriti ini menamatkan perkahwinan mereka pada Januari 23.
Elizabeth Olsen & Boyd Holbrook

Mereka sudah bertunang pada Mac tahun lalu. Kini, pasangan ini dilaporkan berpisah pada Januari lalu.
Cristiano Ronaldo & Irina Shayk

Lima tahun menjalinkan hubungan percintaan, akhirnya pasangan ini berpisah pada awal tahun ini.
Ben Affleck & Jennifer Garner

10 tahun mengikat tali perkahwinan, kedua-dua selebriti ini memutuskan untuk bercerai pada Jun lalu. Mereka bersetuju untuk komited kepada tiga orang anak mereka. Namun masih banyak desas-desus pasangan ini mungkin berbaik semula. Kita tunggu sajalah ya…
