Awal tahun ini, dia berkongsi perjalanannya dan mendedahkan satu rutin yang membantunya mencapai berat badan impian.
Jelasnya, bukan senaman berat atau diet ketat yang menjadi faktor utama, sebaliknya rutin berjalan secara sederhana yang membakar lemak berlebihan di tubuhnya.
Pada awal transformasinya, Rebel menyertai sebuah kursus kesihatan Austria yang membantu menyingkir segala toksik dalam tubuh dan di situlah dia mempelajari kelebihan berjalan pantas.
Sudah tentu, dia turut mengubah diet dan memberi penekanan pada makanan berkhasiat yang tinggi kandungan protein.
Foto: Getty Images