Peminat coklat, dunia fantasi dan kisah Charlie and the Chocolate Factory, ada berita manis untuk anda!
Buat pertama kalinya, muzikal Broadway Charlie and the Chocolate Factory bakal menemui penonton Malaysia dan Selangor dipilih sebagai destinasi pertama! Bermula 22 Disember 2026 hingga 10 Januari 2027, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre akan bertukar menjadi kilang coklat paling ajaib yang pernah anda bayangkan.
Diadaptasi daripada novel popular Roald Dahl, kisah ini membawa kita mengikuti pengembaraan Charlie Bucket selepas dia berjaya menemui Golden Ticket dan mendapat peluang memasuki kilang coklat misteri milik Willy Wonka.
Bayangkan sungai coklat, Oompa-Loompas, tupai pengasing kacang dan pelbagai kejutan yang muncul di depan mata. Kali ini, semuanya dihidupkan atas pentas dengan visual berskala besar, teknologi hologauze 3D dan ilusi pentas yang direka khas.
Dan ya, lagu-lagu kegemaran seperti “Pure Imagination”, “The Candy Man” dan “I’ve Got a Golden Ticket” turut dibawakan, bersama muzik baharu oleh Marc Shaiman dan Scott Wittman.
Walaupun kisah Charlie mungkin mengembalikan memori zaman kanak-kanak, produksi ini direka untuk dinikmati semua peringkat umur. Selepas persembahan yang mendapat sambutan hangat di Shanghai pada 2025, jelajah global ini kini menuju ke beberapa bandar di Asia, termasuk Malaysia.
Jadi, kalau selama ini hanya mampu membayangkan dunia Willy Wonka, inilah masanya untuk melangkah masuk sendiri ke dalamnya.
Tiket mula dijual 24 September menerusi CloudJoi. Sediakan imaginasi, ajak rakan-rakan atau keluarga dan… jangan lupa cari Golden Ticket anda!
Baca:

