Stefani berjalan di tangga Muzium Seni Metropolitan dengan gaun kembang rekaan khas oleh Vera Wang dengan bahagian atas sileut bandeau dan sarung tangan padan.
Berkongsi dirinya mendapat panggilan daripada Vera, yang mahu jadikan Stefani sebagai teman artis. “I was just so honored that she chose me,” kenang Stefani.
Stefani memuji Vera yang mempunyai idea yang berbeza dan dilakukannya sungguh memberi inspirasi sisi feminin. Beliau turut memuji suaminya yang telah mengeluarkan sisi feminin dan kewanitaannya selepas bertahun-tahun berada dalam kumpulan fesyen lelaki.