Memandangkan tema untuk Met Gala tahun ini ialah “Gilded Glamour“, sesetengah orang keliru dengan pilihan gaun yang disarung oleh Gwen malam itu.
Walau bagaimanapun, seorang peminat segera memuat naik ciapan Twitter dengan teori bahawa ia mungkin satu cara untuk menghormati Blake, yang tidak berada di sisinya pada malam besar fesyen.
Sebelum ini Blake mengeluarkan lagu “Neon Time” pada tahun 2021 dan jelas sekali ia adalah tahun perkahwinan mereka. Garis dada gaun bentuk love itu mengingatkan kepada gaun perkahwinan yang dipakai Stefani untuk mengahwini Shelton pada 3 Julai 2021.
Artikel berkaitan: Priyanka Chopra Sambut Hari Ibu Dengan Kongsi Foto Pertama Bayi Perempuan