Sebelum ini kecoh di media sosial tentang kehamilan kakak-kakaknya iaitu Khloe Kardashian dan Kylie Jenner. Kini Kendall Jenner pula dikatakan hamil dek kerana melihat pada keadaan perutnya.
Kim Kardashian West dan Khloé Kardashian sudah mengesahkan kehamilan mereka sebelum 2017 berakhir dan ramai juga beranggapan Kylie Jenner kini berada di peringkat terakhir kehamilannya selepas kad Hari Natal tahunan keluarga mereka menunjukkan yang Kylie tidak ditampilkan bersama.
Time will reveal everything. Namun baru-baru ini, melalui entri foto Kendall Jenner pada malam 30 Disember, spekulasi model tersebut kini hamil mula menjadi topik perbincangan dalam kalangan netizen.
Foto yang menjadi punca spekulasi tidak munasabah ini? Sekeping foto memaparkan Kendall mengenakan dress ketat yang menampakkan susuk tubuhnya. Sejurus selepas dia berkongsikan foto tersebut, ruangan komen Instagram Kendall terus menjadi riuh dengan gosip dan spekulasi.
Kendall mengendalikan hal ini dengan cara paling mudah dia boleh fikirkan dengan penggunaan media sosial, yakni Twitter dan menyatakan, “i just like bagels ok!!!”
i just like bagels ok!!! https://t.co/4IxM9ECLOs
— Kendall (@KendallJenner) December 31, 2017
Sumber : Glam.my