“Itulah yang kami lakukan, dan sebab itulah orang yang beranggapan saya tidak layak mendapat pekerjaan ini tidak sepatutnya membenci saya kerana kita mempunyai banyak persamaan. Contohnya, saya mencetuskan inspirasi bahawa sesiapa sahaja boleh menyertai Saturday Night Live,” jelasnya.
Pete bagaimanapun tidak mendedahkan punca mengapa dia membuat keputusan untuk berundur dari rancangan itu setelah terlibat selama lapan tahun.
Sebelum membuat kemunculan terakhir dalam SNL, Pete mengucapkan selamat tinggal secara rasmi menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram rakan baiknya, Dave Sirus.