Musim kedua menyaksikan bintang utama, Rege-Jean Page meninggalkan siri popular Netflix, Bridgerton. Kini terdapat satu lagi kejutan untuk musim akan datang.
Dalam satu wawancara bersama ScreenRant di Festival Filem Sundace baru-baru ini, Phoebe Dynevor mendedahkan dia tidak akan kembali menghidupkan watak Daphne Bridgerton dalam musim terbaru.
Dalam siri Inggeris popular itu, dia memegang watak sebagai isteri kepada Simon Basset, Duke of Hastings yang dijayakan oleh lelaki terkacak dunia, Rege.