“Malangnya saya tidak akan muncul dalam musim ketiga, mungkin ada peluang pada musim akan datang. Bagaimanapun untuk musim ini, saya teruja untuk menjadi penonton,” katanya.
“Saya telah menjayakan dua musim. Saya telah lakukan apa yang saya mahu tampilkan menerusi watak itu. Manalah tahu mereka akan memanggil saya untuk kembali membintangi Bridgerton pada masa akan datang?” jelasnya kepada Variety dalam temu bual berasingan.
Walaupun memegang watak utama dalam musim pertama yang disiarkan pada tahun 2020, peranannya dilihat berkurangan dalam musim kedua.