Baru enam bulan Bridgerton ditayangkan, namun musim kedua drama terbitan Netflix ini telah pun hangat diperkatakan.
Bridgerton dengan pantas menaikkan nama bintang utamanya, Phoebe Dynevor serta Regé-Jean Page, dan membuatkan penonton jatuh cinta dengan perhubungan romantis pasangan ini.
Disebabkan itulah timbulnya kekecohan apabila peminat mendapat tahu bahawa bukan sahaja Duke dan Duchess of Hastings tidak akan menjadi peneraju utama dalam musim akan datang, malah Regé-Jean juga tidak akan membuat kemunculan sama sekali.