Pelakon popular, Kareena Kapoor sering mendapat pujian di Bollywood dan menjadi tajuk berita di seluruh dunia.
Namun berlainan pula kali ini. Kareena menerima kecaman teruk daripada netizen di India setelah mendedahkan nama anak keduanya, Jehangir dalam buku bertajuk Kareena Kapoor Khan’s Pregnancy Bible.
Jehangir adalah nama empayar bagi Maharaja Mughal pada abad ke-17 yang bermaksud ‘penakluk dunia’. Maharaja Mughal keempat itu merupakan pemerintah zalim yang mengarahkan penyeksaan dan pembunuhan guru Sikh, Arjan Dev yang menentang pemerintahannya pada 1606.