Kritikan ini dikatakan tercetus akibat perbezaan politik dan agama di India termasuk budaya sekular yang membenarkan perkahwinan berlainan agama.
Pengulas sosial, Parsa Venkateshwar Rao Jr berkata, pelampau agama Hindu yang membenci penganut Islam sengaja mencari alasan untuk berasa tersinggung dengan tindakan pasangan itu.
“Semuanya tercetus daripada satu akar umbi – kemarahan dan kebencian terhadap Kareena Kapoor, seorang wanita Hindu yang mengahwini Saif Ali Khan, seorang Muslim. Jika Saif mengahwini wanita Muslim dan memilih nama tersebut, pasti mereka tidak akan ambil peduli.”