Selepas perkara tersebut menjadi perbualan tanpa henti di media sosial, pelakon Bajrangi Bhaijaan itu akhirnya tampil memberi respons terhadap kritikan yang diterima.
“Seperti yang anda tahu, saya seorang yang sangat-sangat positif. Saya sangat gembira dan puas. Saya ingin menyebarkan kebahagiaan dan positiviti pada saat pandemik yang sukar ini, jadi saya tidak sempat berfikir mengenai kritikan atau sebarang bentuk negativiti.
“Nampaknya sekarang tiada cara lain, saya harus mula bermeditasi. Terdapat dua sisi untuk membuktikan sesuatu cerita, positif dan negatif. Saya harus melihatnya dari sudut itu. Namun saya harap tiada yang negatif kerana kita sedang bercakap mengenai dua anak kecil yang tidak berdosa. Tetapi kami akan terus bergembira dan berfikiran positif,” jelasnya.
Foto: Rohan Shrestha for HT Brunch
Baca: Gambar Terkini Kareena Kapoor Bersama Taimur Ali Khan Pataudi Tular Di Internet