Nasib Johnny Depp dalam filem Disney ini masih belum diketahui, namun dia disahkan tidak akan terlibat dan projek terbaharu yang membabitkan Captain Jack Sparrow.
Beberapa tahun kebelakangan ini, Depp sering berulang alik ke mahkamah untuk membersihkan namanya daripada tuduhan ‘kaki pukul’ yang diterbitkan oleh akhbar The Sun. Bekas isterinya, Amber Heard turut memberi keterangan serupa mengenai dirinya.
Disebabkan itu, pelakon berusia 58 tahun ini diminta menarik diri daripada peranan Gellert Grindewald dalam siri Harry Potter, Fantastic Beasts. Namun buat masa ini, belum ada pengumuman mengenai penglibatannya dalam filem Disney, Pirates of the Caribbean.