FIFA World Cup 2026 bakal menggegarkan dunia, ini playlist sempena musim bola untuk anda nikmati
Demam bola sepak kembali memuncak apabila FIFA World Cup 2026 semakin hampir. Edisi kali ini dijangka menjadi antara kejohanan paling bersejarah dalam sejarah bola sepak dunia apabila buat pertama kalinya ia dianjurkan bersama oleh tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Selain itu, jumlah pasukan yang bertanding turut meningkat kepada 48 pasukan, menjadikan kejohanan ini yang terbesar pernah dianjurkan oleh FIFA.
Bagi menaikkan lagi semangat menjelang musim bola ini, apa kata anda layan playlist khas yang sesuai dimainkan ketika berkumpul bersama rakan, memandu ke lokasi tayangan, atau sekadar menghangatkan suasana sebelum perlawanan bermula. Lagu-lagu berentak rancak dan penuh tenaga sememangnya mampu membangkitkan aura kemenangan serta semangat kesukanan yang sinonim dengan Piala Dunia.
Shakira, Burna Boy – Dai Dai
IShowSpeed – World Cup (Champions)
Daddy Yankee, Shenseea, FIFA Sound – Echo (FIFA World Cup 2026™)
Future, Tyla, FIFA Sound – Game Time (FIFA World Cup 2026™)
LISA, Anitta, dan Rema – Goals
Jessie Reyez dan Elyanna – Illuminate
Jelly Roll and Carín León – Lighter
Baca: Line-Up Paling Ikonik! Madonna, Shakira & BTS Bakal Kuasai Pentas FIFA World Cup Final
