Shasha Abedul, namanya masih hijau di dalam industri. Biar masih bertatih di dalam industri, namun potensi yang dimiliknya cukup besar untuk di terus berlari dalam masa terdekat.
Saya sejujurnya mula mengenali figura ini apabila dia muncul di dalam Projek: Anchor SPM, siri yang lebih dulu tular sebelum lahirnya Projek: High Council. Melihatkan potensi yang dipunyainya saya memanggilnya untuk tersenarai bersama 19 personaliti lain untuk EH!TOP20.
Ketika ini kelibat Shasha semakin rancak menerusi Projek: Exit. Penggambaran EH! ini berlangsung sekitar Ogos, sebulan dua sebelum Shasha memilih untuk mengenakan hijab. Dan penghijrahan ini adalah satu revolusi baharu secara visual yang terus menyubur cintanya kepada bidang lakonan di samping menggembur lebih ilmu menuju jalan yang dicintai-Nya.
Boleh kongsikan bagaimana anda mendapat peluang untuk menjadi pelakon?
Sebelum saya melangkah ke dunia lakonan, saya bekerja di agensi pencarian bakat yang mana kerja-kerja saya banyak berkaitan dengan tugasan belakang tabir. Saya lazimnya mengurus sesi ujibakat untuk iklan-iklan televisyen. Dan selepas dua tahun, minat untuk berlakon itu tiba-tiba berputik bila saya dah terbiasa melihat orang berlakon di depan kamera dan dalam masa yang sama menimba pengalaman di set penggambaran.
Hendak dijadikan cerita, saya mendapat tawaran untuk menyertai program anjuran Astro, ‘Basic On Air Talents (BOAT). Di situ Shasha banyak belajar tentang industri dan kewartawanan, mengacara, vokal dan lakonan. Minat saya lebih menjurus kepada mengacara dan berlakon. Dalam waktu belajar di BOAT, satu uji bakat untuk satu drama, saya cuba namun gagal. Tak mengalah saya terus cuba dan cuba sampailah saya mendapat tawaran untuk drama pertama saya untuk RTM, dan semuanya bermula dari sini.
Boleh Shasha kongsi sedikit pengalaman anda berada di set penggambaran buat kali pertama?
Sejujurnya semuanya bagaikan satu dunia yang baru bagi saya, segalanya masih hijau untuk saya pada waktu itu. Saya belajar semuanya di set. Alhamdulillah saya orang yang mudah menyerap masuk ke dalam diri tentang apa-apa saja yang berkaitan dengan apa yang saya suka. Itu jugalah waktu pertama saya tahu tentang skrip, wardrobe, mekap, pengarah; apa-apa yang berkaitan dengan produksi.
Apa cabaran besar seseorang pelakon, selain untuk menghidupkan satu-satu watak yang dibawa?
Bagi saya cabarannya adalah untuk memastikan segala mesej dalam satu-satu naskhah itu dapat disampaikan kepada orang yang menonton.
Siapa idola Shasha dalam dunia lakonan?
Nabila Huda dan Nabila Huda! Bagi saya Kak Abil, she’s just so beyond amazing. Bagi saya dia umpama definisi sebenar seorang aktres. She does so much in such a different realm of acting. Dia juga seorang pelakon yang sangat versatil. And it amazed me up until now. Dan syukur Alhamdulillah sebelum ini saya berpeluang bekerja dengannya untuk Projek: Exit. Dia memang power, power gila!
Siapakah pelakon seangkatan yang Shasha rasakan punya potensi besar?
Untuk pelakon lelaki, Sadiq M. Jamil, saya ada bersama satu set dengannya untuk filem saya akan datang “Malam terlarang’. Dan pengalaman untuk selayar dengan Sadiq membuatkan saya sedar yang dia punya banyak potensi dan bakat yang mendalam sebagai seorang aktor.
Selain bakat, adakah populariti itu penting untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya?
Bagi saya bakat itu lebih penting daripada populariti kerana populariti boleh meningkat jika berbakat. I always believe in quality over quantity termasuklah adab. Adab juga sangat sangat penting.
Apa pendapat Shasha bila orang sudah skeptikal dengan corak drama Melayu; anak orang kaya, kahwin dengan orang miskin dan sebagainya? Apa caranyan untuk merubah persepsi ini?
Sejujurnya saya tak rasa ia sebagai satu isu kerana di dalam industri ini ada bermacam-macam cerita. And different stories and masterpieces caters to different audiences.
Apakah impian lain Shasha selain menjadi seorang pelakon yang berjaya?
Selain berlakon, saya punya sisi kreatif yang lain yang mana saya sukakan seni dan kraf. I just love building or creating or even DIY-ing stuff; melukis, tufting, benda -benda seperti kemahiran hidup yang kita buat di sekolah. I’d say I would wanna become an artist one day, insyaAllah. Cuma buata masa sekarang ia sekadar hobi bagi saya.
Apakah nasihat terbaik yang pernah diberikan kepada Shasha, dan bagaimana atau sejauh mana Shasha mengaplikasi nasihat tersebut dalam kehidupan?
Cikgu sejarah saya pernah berkata and that quote now is in my core memory, “the road to success is always under construction”. Jadi tak mengapa jika kita gagak kerana itulah waktunya kita belajar dan menjadi seorang yang lebih kuat, lebih bijak dan lebih baik.
Apa falsafah hidup Shasha?
Berusaha untuk mengejar impian dan kesenangan untuk hari esok.
Apa yang ingin dicapai sebelum usia menjengah 30 tahun?
Kestabilan dan ketenangan dalam seluruh aspek kehidupan.
Konsep, Arahan kreatif dan Penata Gaya: Khairul Abidin | Penyelaras: Erdina & Eqa Zulkifli | Fotografi: Aaron Lee (Lensworks Production) | Arahan Seni: Amirul Ariffin| Solekan: Sahir Sabri (Shasha Abedul & Siti Hariesa)| Dandanan: Ckay Liow 9Scha Elinnea & Siti Hariesa) & May (Bella Dowanna & Shasha Abedul).
BACA: Sharifah Rose, Sofea & Shasha Abedul, Merai Himpunan Kapsul Louis Vuitton