Baru tiga hari memulakan Justice World Tour, Justin Bieber terpaksa menangguhkan konsertnya setelah disahkan menghidap Covid-19.
Persembahan pertama Justin di San Diego Jumaat lalu berlangsung meriah dengan kehadiran dan sorakan padu peminat setia termasuk isterinya sendiri, Hailey Bieber.
Penyanyi kelahiran Kanada itu dijadualkan membuat persembahan seterusnya di Arena T-Mobile Las Vegas semalam namun kini ditunda kepada tarikh baharu iaitu 28 Jun. Persembahan seterusnya di Glendle Arizona yang sepatutnya berlangsung pada 22 Februari turut dijadualkan semula pada 30 Jun.