“Dukacita dimaklumkan bahawa kami terpaksa menunda persembahan di Las Vegas pada hari Ahad kerana terdapat jangkitan Covid-19 dalam pasukan Justice Tour.
“Justin ternyata amat kecewa tetapi kesihatan dan keselamatan kru serta perminat sentiasa menjadi keutamaannya.
“Pelancaran konsert di San Diego adalah satu kejayaan besar dan Justin teruja untuk memberikan persembahan hebat kepada peminat di Las Vegas secepat mungkin.”
Portal antarabangsa TMZ mengesahkan penyanyi berusia 27 tahun itu disahkan menghidap Covid-19 pada hari Sabtu dan tidak mengalami sebarang gejala setakat ini, menurut sumber terdekat.
Due to a covid outbreak within the team, Justin Bieber’s Justice World Tour show scheduled to take place in Las Vegas, Nevada has been rescheduled to June 28, 2022. pic.twitter.com/Tqgrktefjn
— Justice Tour Updates (@JusticeTourNews) February 20, 2022
Foto: AP