Kebelakangan ini semakin ramai selebriti dijangkiti Covid-19 walau angka kes menurun hari demi hari.
Selepas Daiyan Trisha dan Wanie Kayrie, kini Intan Ladyana pula disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.
Berita duka itu dikongsikan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram rasmi program hiburan TV3, Melodi dua hari lalu.