Beberapa minggu sebelum melancarkan album studio keempat, Post Malone mendedahkan satu khabar gembira kepada dunia.
Dalam satu wawancara bersama TMZ minggu lalu, Post Malone mengumumkan dia kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama dengan teman wanita yang identitinya masih dirahsiakan sehingga kini.
Penyanyi dan penulis lagu itu juga mengakui berasa gembira serta tidak sabar menantikan perubahan baharu dalam kehidupannya.
“Saya teruja mahu memasuki fasa baharu dalam hidup. Saya tidak pernah segembira ini,” luahnya.