Dengan kehadiran cahaya mata yang bakal tiba, Post Malone mendedahkan dia telah memutuskan untuk menilai semula kehidupannya dan berasakan sudah tiba masa untuk dia menjaga tubuh, keluarga dan rakan-rakan sambil mempersiapkan diri untuk menjadi seorang bapa.
“Selain itu saya mahu menyebarkan kasih sayang dan rasa cinta sebanyak mungkin setiap hari,” dia menambah.
Namun dia tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai kehamilan teman wanitanya sewaktu wawancara itu dan memilih untuk mengunci mulut di media sosial.