Pasangan Hollywood yang hangat diperkatakan ini kini dilaporkan sudah bertunang selepas dua bulan menjalinkan hubungan istimewa.
Menurut sumber, pasangan itu bertunang seminggu yang lalu pada sambutan hari lahir Priyanka yang ke-36 di London. Jonas dikatakan meminta sebuah stor Tiffany di New York City ditutup seketika semasa dia ingin membeli sebentuk cincin tunang.
“Mereka sangat gembira,” kata sumber lagi.
Sumber terdekat kepada Jonas memaklumkan yang mana penyanyi itu sangat gembira.
“Rakan dan keluarganya tidak pernah melihat dia sebegitu gembira dan mereka semua turut teruja buatnya. Dia sememangnya sangat serius dengan Priyanka,” jelas sumber.
Malam semalam, pengarah kepada Chopra untuk filem Bollywood bertajuk Bharat iaitu Ali Abbas Zafar mengumumkan yang mana aktres itu akan meninggalkan projek itu menerusi satu Tweet yang merujuk kepada teman lelakinya, yang mana kemudian mencetuskan khabar angin dikalangan media di India akan berita dua bintang itu bertunang.
Berita tersebut hadir hanya selepas dua bulan mereka berhubungan sejak bulan Mei lalu. Selama beberapa minggu yang lalu, penyanyi yang berusia 25 tahun dan bintang Quantico itu dilihat bertemu janji di beberapa tempat termasuklah makan malam di New York City dan konsert live Beauty and the Beast di Los Angeles.
Sumber dalaman sebelum ini pernah menyatakan yang mana Jonas dan Chopra kekal menghubungi antara satu sama lain selepas bersua pada hujung tahun lalu tetapi kemudian hubungan mereka mula mekar selepas mereka memperkenalkan diri masing-masing kepada ahli keluarga.
Mulanya, Chopra bertemu dengan keluarga Jonas di perkahwinan saudaranya, Rachel Tamburelli di New Jersey pada 9 Jun lalu. Ketika di majlis tersebut turut ada abang kepada Nick iaitu Frankie dan Kevin Jonas yang mana ditemani isterinya Danielle serta ibu bapanya Denise dan Kevin Sr.
Kemudian pada 22 Jun, Nick dan Priyanka terbang ke India di mana mereka bertemu dengan ibu Priyanka iaitu Madhu. Tambahan lagi, baru-baru ini Chopra turut pernah menyatakan, “I am a very ‘live in the today,’ maximum ‘live in the next two months’ kind of person. But in 10 years, I definitely want to have kids. That is, it’s going to happen in the next 10 years. Well, hopefully earlier than that. I’m very fond of children and I want to be able to do that.”