Seakan tidak percaya! Bintang Bollywood terkenal, Priyanka Chopra kini dilaporkan sedang berhubungan istimewa dengan Nick Jonas!
Berita tentang hubungan baru mereka itu muncul selepas pasangan ini meluangkan masa bersama ketika hujung minggu lalu dan mereka juga dilihat hadir ke konsert Beauty and the Beast Live di Hollywood Bowl bersama-sama pada Jumaat lalu.
“Mereka berjalan masuk bersama sebelum persembahan itu bermula, mereka dilihat serasi bersama, tetapi tidak memegang tangan atau pun memperlihatkan sebarang aksi PDA,” kata saksi kepada media US Weekly.
Bahkan pada Sabtu lalu, Chopra dan Jonas turut menghadiri perlawanan Los Angeles Dodgers. “Priyanka dan Nick kelihatan berbual bersama dengan sangat rapat dan masing-masing sentiasa berbalas senyuman serta kelihatan gembira,” kata saksi di situ.
Pada sebuah interview bersama Jimmy Kemmel, program The Late Night Talk itu menjemput bintang Quantico itu hadir serta sehingga membuatkan pipinya kemerahan pabila Jimmy mengajukan soalan adakah wujud sebarang kemungkinan akan perhubungan antara pasangan itu selepas mereka dilihat hadir bersama di Met Gala pada tahun lalu.
Chopra menjawab, “Yeah, kami duduk meja yang sama dan kami sudah kenal antara satu sama lain. Jadi dia seakan, ‘Hey, you wanna go together?’ Dan saya seperti ‘Yeah, OK, jom pergi bersama.’ It ended up working out.”
Sebelum ini Jonas pernah berhubungan dengan Olivia Culpo sebelum mereka memutuskannya hubungan pada tahun 2015.