Priyanka Chopra telah berjaya mengalahkan Angelina Jolie, Emma Watson, Blake Lively dan Michelle Obama pabila dinobatkan sebagai wanita kedua tercantik di dunia.
Menerusi undian yang dijalankan oleh LA, Priyanka hanya di belakang diva pop iaitu Beyonce di dalam senarai tersebut. Bahkan, Priyanka turut mengongsikan berita tersebut di Twitter serta berterima kasih kepada peminat-peminatnya kerana mengundi.
Model dan Victoria’s Secret angel, Taylor Hill berada di tempat ketiga diikuti pula dengan aktres terkenal Harry Potter, Emma Watson. Dakota Johnson serta bekas presiden harapan Amerika Syarikat iaitu Hillary Clinton berada di tangga kelima dan keenam
Angelina Jolie pula di tempat kelapan, manakala pemenang Oscar tahun ini iaitu bintang La La Land, Emma Stone mendapat tempat ke-12.
Supermodel Gigi Hadid berada di posisi ke-13 dan bekas wanita pertama Amerika Syarikat Michelle Obama di tangga ke-21. Senarai tersebut turut termasuk bintang Wonder Woman, Gal Gadot, Oprah Winfrey, Naomi Campbell, Alicia Vikander, Margot Robbie dan Alexandra Daddario.
Priyanka mula terkenal di bumi barat selepas dia membintangi siri tv Quantico. Tahun lalu, aktres Bollywood ini juga diangkat sebagai duta global Unicef terbaru.
Dia telah menjadi duta terkenal di India demi badan kebajikan untuk kanak-kanak sejak tahun 2010 lagi.