Wajah Malti tidak tumpah seperti wajah kacukan Priyanka dan Jonas. Tampak comel, Priyanka memadankan baju tweed coklat cair dan perhiasan cekak rambut putih comel di kepala anaknya.
Jonas, 30, sempat memberi ucapan kepada kedua bidadarinya, menjerit dengan ucapan, “Untuk isteri saya yang cantik, anda adalah seorang yang sangat tenang dalam apa jua keadaan dan saya suka berkahwin dengan anda. Kamu adalah hadiah terhebat yang pernah berlaku dalam hidup saya. Saya suka perjalanan menjadi ibu bapa dengan anda, anak kita, Malti Marie” katanya.
Tidak henti itu, Jonas terus mengungkapkan rasa cintanya dan usik kepada Priyanka, “Hai, sayang. Saya tidak sabar untuk datang ke sini lagi bersama anda dalam 15 tahun akan datang dan mengusik anda di hadapan rakan-rakan anda.”
Seminggu lalu, Priyanka muncul di muka depan majalah Vogue Inggeris terbitan Februari, di mana Malti menyertai ibunya untuk salah satu gambar yang dipaparkan dalam majalah itu. Priyanka berkongsi tentang bagaimana Malti telah mengubah hidupnya sebagai seorang ibu, “Sudah 20 tahun saya bergegas ulang-alik kerja dan bekerja dengan keras. Saya selalu berfikir adakah hidup saya akan jadi seperti ini hingga ke tua… Apakah perkara seterusnya? Tetapi sekarang, segalanya berubah setelah Malti hadir dalam hidup saya dan Jonas. Kini segalanya tentang dia.”
Bintang itu menyatakan bahawa dia juga sentiasa risau akan anak perempuannya “Saya ada, seperti, tujuh kamera di dalam biliknya. Tidak ada yang lebih memuaskan daripada melihat wajahnya sebaik sahaja matanya terbuka.”
Artikel berkaitan: Pandangan Priyanka Chopra Selepas Tiga Bulan Bergelar Ibu