Nick turut berkongsi kenyataan yang sama di halaman Instagramnya, sambil menambah, “Selamat Hari Ibu kepada semua ibu yang luar biasa dan penjaga di luar sana, tetapi saya ingin meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan ucapan selamat Hari Ibu kepada isteri saya yang luar biasa @priyankachopra.”
Pasangan ini tidak sembunyi untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain di media Instagram. Cinta mereka berdua jelas berbunga dan menghargai susuk pasangan dengan ucapan yang sweet.
Nick berterima kasih kepada Priyanka kerana telah memberi inspirasi dengan segala cara dan berasa bangga dengan peranan baharu mereka berdua sebagai ibubapa setelah 5 tahun perkahwinan.
Artikel berkaitan: Alia Bhatt Kini Sebaris Dengan Zendaya & Tom Holland