Nampaknya peminat tidak perlu menunggu lama untuk melihat Johnny Depp kembali memeriahkan industri hiburan global.
Hanya selepas beberapa hari memenangi kes saman fitnah terhadap Amber Heard, Johnny dilaporkan akan muncul dengan album terbaharu bersama pemain gitar rock terkenal, Jeff Beck.
Sewaktu menjayakan konsert di Gateshead, England, Jeff mengesahkan khabar angin tersebut sekali gus mendedahkan persahabatannya dengan bintang Pirates Of The Caribbean itu.