Tindakannya itu mengundang padah apabila pemilik Instagram, Meta bertindak menyekat akaunnya selama 24 jam. Ia disahkan sendiri oleh jurucakap syarikat itu.
Kanye dilaporkan melanggar polisi platform media sosial tersebut yang berkaitan dengan penghinaan, membuli dan gangguan, menurut Meta.
Justeru dia disekat daripada memuat naik hantaran, menulis komen dan menghantar mesej, malah syarikat itu memberi amaran akan mengambil tindakan selanjutnya jika perlu.
Namun begitu pengguna Instagram masih boleh melihat akaunnya dan menulis komen pada hantarannya.