Kanye berkongsi satu hantaran menghina Trevor Rabu lalu selepas pengacara itu membincangkan layanan buruknya terhadap Kim dan Pete dalam satu segmen pada hari Selasa.
“Mungkin anda tidak berasa simpati terhadap Kim kerana dia kaya dan terkenal. Tetapi apa yang dilaluinya amat menakutkan dan mencerminkan realiti yang dialami oleh ramai lagi wanita di luar sana apabila mereka memilih untuk bercerai,” katanya.
Menerusi hantaran penyanyi itu yang kini telah dipadam oleh Instagram, dia berkongsi foto Trevor berserta kapsyen lirik lagu Kumbaya yang digantikan dengan perkataan bersifat perkauman.
Serangan dan penghinaannya terhadap Pete dilihat lebih teruk kerana berakar umbi daripada perasaan cemburu. Bulan lalu dia berkongsi satu klip pendek daripada video muziknya, Eazy yang menunjukkan pelawak itu diculik dan ditanam hidup-hidup.
Foto: Getty Images
Baca: Kanye West Cuba Menggoda Kim Kardashian Pada Hari Kekasih