Aquaman and the Lost Kingdom telah pun menjalani penggambaran dan dijangka menemui penonton di layar perak pada Mac 2023.
Bagaimanapun Amber berkata peranannya sebagai Mera, pasangan kepada watak utama lakonan Jason Momoa telah pun dikurangkan dengan banyak.
“Saya diberi satu skrip, kemudian diberi skrip baharu di mana beberapa adegan aksi saya bersama karakter lain telah pun dipotong,” katanya.
Wakil bakat Amber, Jessica Kovacevic turut memberi keterangan dan mengatakan kerjaya pelakon itu tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan selepas kemunculan filem Aquaman pada 2018. Menurut agensi, dia diberi peranan lebih kecil dalam filem sekuel kerana tidak mempunyai tarikan kimia yang kuat dengan Jason.