Jessica bagaimanapun menambah, keputusan pihak produksi untuk menjauhkan diri daripada Amber adalah disebabkan publisiti buruk dan kecaman dalam talian terhadapnya selepas pasukan Johnny mendakwa tuduhan penderaan pelakon itu adalah palsu semata-mata.
Bagaimanapun pasukan undang-undang Johnny meminta Walter memberi keterangan melalui video yang telah dirakam lebih awal iaitu pada bulan Mac. Jelasnya, tiada satu pun kenyataan daripada Johnny mahupun peguamnya mempengaruhi penglibatan Amber dalam filem sekuel itu.
Dia turut menambah bahawa terdapat perbincangan di studio mengenai ketidakserasian antara Jason dan Amber. Setelah tamat penggambaran filem pertama, wujud kebimbangan mengenai perhubungan mereka yang dilihat tidak menjadi di skrin. Walter dan Jason turut mengakuinya ketika itu.
Beberapa orang turut mencadangkan agar watak pelakon wanita duiji bakat semula namun ia tidak direalisasikan atas sebab tidak diketahui.
Foto: Getty Images