Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita kematian tragis pelakon Kim Sae-ron pada 16 Februari 2025 dan ini punca kematian pelakon ‘Bloodhounds’.
Mayat Kim Sae-ron telah ditemui meninggal dunia pada usia 24 tahun di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul oleh seorang rakan yang ketika itu berkunjung ke rumah sekitar jam 5 petang. . Pihak polis yang menyiasat kes ini mengesahkan tiada tanda pencerobohan dan kematiannya kemudian disahkan sebagai kes bunuh diri.
Punca kematian Kim Sae-ron:
Kim Sae-ron memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak dan meraih populariti menerusi filem seperti A Brand New Life (2009) dan The Man From Nowhere (2010). Bakat lakonannya mendapat pengiktirafan, membawanya ke lebih banyak peranan utama dalam industri drama dan filem Korea.
Namun, perjalanan kariernya mula merudum selepas insiden pemanduan dalam keadaan mabuk pada Mei 2022. Kejadian ini menyebabkan kerosakan harta benda awam dan kehilangan beberapa tawaran lakonan. Selepas itu, Kim dikatakan mengalami tekanan yang mendalam, termasuk masalah kewangan yang memaksanya mengambil pekerjaan sambilan.
Tekanan Mental dan Kesan Skandal
Sejak insiden tersebut, Kim menghadapi kecaman hebat dari masyarakat, yang menyebabkannya menarik diri daripada dunia hiburan buat seketika. Walaupun cuba kembali ke dunia lakonan pada 2024, dia menarik diri daripada projek yang dijadualkan atas alasan kesihatan.
Keadaan ini dipercayai memberi tekanan mental yang hebat kepada Kim, yang akhirnya membawa kepada keputusannya untuk mengakhiri hidupnya sendiri. Walaupun pihak berkuasa masih menyiasat kes ini, tiada unsur jenayah ditemui, dan kejadian itu diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Baca : G-Dragon Dan Jisoo BLACKPINK Kini Di Bawah Label Muzik Milik Palestin