Kim Kardashian mendedahkan alasan di sebalik perpisahannya dengan Kanye West dalam reunion Keeping Up With The Kardashians beberapa hari lalu.
Ketika ditanya oleh pengacara Andy Cohen mengapa dia memfailkan perceraian terhadap Kanye Januari lalu, Kim Kardashian mengakui dia berbelah bahagi untuk berkongsi alasannya dengan peminat.
“Sejujurnya saya berasakan ia tidak sepatutnya dijelaskan dalam rancangan televisyen. Namun ia bukanlah atas sebab-sebab spesifik,” katanya.
“Hakikatnya, keputusan ini dibuat kerana perbezaan pendapat mengenai beberapa perkara secara umum. Tetapi kami mempunyai perhubungan yang hebat sebagai penjaga bersama anak-anak dan saya amat menghormatinya. Apa pun dia adalah rakan nombor satu saya, itu paling penting dan utama.”