Pengasas Skims ini kemudian berkata, segalanya tentang perkahwinan mereka selama ini adalah tulus dan mereka benar-benar mencintai satu sama lain.
“Saya tidak mahu orang lain menganggap bahawa saya tidak memberikan yang terbaik atau tidak mencuba sepenuh hati. Kami berkongsi empat cahaya mata. Saya rasa tiada apa yang ibu bapa bahkan anak anak-anak inginkan selain melihat ibu bapa mereka hidup bahagia bersama. Saya sendiri membesar dan mempunyai pengalaman sebegitu,” tambahnya.
Jelas Kim, apa yang diinginkannya dalam hidup adalah kebahagiaan yang berterusan.
“Saya telah bekerja keras untuk mendapatkan yang saya mahukan, hidup mengikut jangkaan, dan meraih 10 kali ganda kejayaan yang saya fikirkan mustahil untuk dicapai. Namun saya tidak mempunyai seseorang dalam hidup untuk berkongsi semua itu.”