Akui Kim, walaupun dia dan Kanye bergelar suami isteri dan berkongsi empat cahaya mata, hubungan mereka menjadi semakin renggang malah tinggal di dua negeri berbeza.
“Saya duduk bersendirian di sini dan terfikir, ‘Adakah anak-anak sudah cukup untuk membuatkan saya berasa langkap?’ Saya tidak pernah menyangka bahawa saya sebenarnya kesunyian. Saya ingatkan saya okey dengan hanya kehadiran anak-anak di sisi.”
Dia kemudian menambah, “Suami saya berpindah dari satu negeri ke satu negeri. Saya sentiasa menyokong keputusannya dan tidak pernah ada masalah mengenainya.
“Namun selepas menginjak usia 40 tahun, saya menyedari bahawa saya tidak mahu seorang suami yang tinggal jauh dari saya.”