Beberapa bulan menaiki takhta, Raja Charles membuat keputusan menghalau adik lelakinya yang digelar ‘anak kesayangan’ Ratu Elizabeth II, Putera Andrew keluar dari Istana Buckingham.
Menurut laporan, Putera Andrew tidak lagi dibenarkan memiliki pejabat di sana dan menggunakan alamat istana sebagai alamat surat-menyuratnya.
“Sebarang urusannya di istana telah berakhir secara rasmi. Raja Charles telah membuat keputusan. Dia bukan lagi kerabat yang menjalankan tugas rasmi Diraja. Dia kini bersendirian,” jelas satu sumber terdekat kepada The Sun.
Akibatnya, beberapa kakitangan yang dikekalkan di istana selepas Duke of York berundur daripada tugas Diraja tiga tahun lalu kini berdepan dengan pemecatan.