Portal Mirror melaporkan Putera Andrew akan memiliki Royal Lodge di Windsor yang sebelum ini menjadi kediaman Ratu Elizabeth The Queen Mother sejak 1952 sehingga kemangkatannya pada 2002.
Bagaimanapun dia akan hilang keistimewaan mendapat perlindungan daripada Met Police yang dibayar oleh rakyat jelata memandangkan dia tidak menjalankan tugasan Diraja.
Duke of York dikhabarkan telah merekrut pasukan perhubungan awam baharu untuk memulihkan reputasinya yang tercalar dan kini terpaksa membayar gaji kakitangannya menggunakan duit poket sendiri.