Berita pengusiran Putera Andrew muncul hanya beberapa hari selepas peranan Colonel of the Grenadier Guards yang sebelum ini menjadi miliknya dikurniakan kepada Permaisuri Camilla oleh Raja Charles.
Beberapa gelaran kehormatnya termasuk Colonel of the Grenadier Guards dilucutkan pada Januari 2022 selepas terpalit dengan skandal Jeffrey Epstein yang melibatkan kes serangan seksual terhadap gadis bawah umur.
Dalam satu kenyataan, Istana Buckingham mengumumkan, “Dengan kebenaran dan persetujuan Ratu Elizabeth II, gelaran ketenteraan dan kurniaan Diraja Duke of York telah dikembalikan kepada Ratu. Duke of York tidak akan lagi menjalankan tugas Diraja dan akan mempertahankan dirinya di mahkamah sebagai orang biasa.”
Putera berusia 62 tahun itu kemudiannya menyelesaikan tuntutan saman sivil bersama mangsa, Virginia Giuffre di luar mahkamah dan terus menafikan salah lakunya sehingga saat ini.
Baca: Apa Yang Dibongkar Dalam Dokumentari Harry & Meghan Bahagian 2?