Sumber sama mendedahkan, kedua-duanya bagaimanapun masih menjalin hubungan baik dan akan meneruskan persahabatan mereka walaupun tidak lagi bergelar pasangan kekasih.
Berita perpisahan Harry dan Olivia muncul selepas nama pasangan itu terkait dengan pertelingkahan yang melibatkan pelakon Florence Pugh menjelang tayangan filem mereka, Don’t Worry Darling.
Julai lalu tersebar satu khabar yang mengatakan bahawa Florence dan pengarah, Olivia bertengkar setelah bintang berusia 26 tahun itu gagal mempromosi filem tersebut sama ada secara terbuka mahupun di media sosial.
