Spekulasi itu menjadi lebih buruk apabila Florence bersetuju untuk hanya muncul di Festival Filem Venice bagi tayangan perdana filem pada bulan September dan menarik diri daripada promosi lain.
Tidak jelas apa sebenarnya yang mencetuskan pertelingkahan mereka tetapi peminat percaya ia mempunyai kaitan dengan ‘pemecatan’ Shia LaBeouf daripada filem itu. Watak utama kemudian diberikan kepada Harry.
Walaupun peminat terus menuduh Olivia memecat LaBeouf, aktor berusia 36 tahun itu kemudiannya tampil dan menjelaskan bahawa dia sebenarnya yang menarik diri daripada filem tersebut.
Pengakuan itu dibuktikan dengan penularan sebuah video yang menunjukkan Olivia merayu kepada Shia supaya meneruskan penggambaran.
