Sumber sama mendedahkan pasangan itu membuat keputusan untuk kekal menjalin persahabatan dan melihat adakah mereka ditakdirkan untuk bersama di masa hadapan.
Mereka juga dikhabarkan mahu memberi fokus pada diri masing-masing buat masa sekarang. Sementara itu ibu Kendall, Kris Jenner meminta supermodel itu memikirkan tentang cahaya mata dalam salah satu episod The Kardashians baru-baru ini.
Kendall bagaimanapun meluahkan pandangannya mengenai anak dan keluarga dengan berkata, “Saya tidak tahu adakah saya sudah bersedia atau sebaliknya. Masih ada banyak perkara yang perlu saya fikirkan sebelum menimang cahaya mata. Saya masih mahu menikmati hidup sendiri. Dan saya okey dengan keputusan itu buat masa ini.”