Menyarung sut adi wira adalah impian kebanyakan orang, namun kadangkala ia boleh mendatangkan keburukan.
Sewaktu menjadi tetamu dalam The Kyle and Jackie O Show baru-baru ini, Ruby yang memegang peranan utama sebagai Kate Kane mendedahkan satu situasi tidak menyenangkan yang berlaku kepadanya ketika penggambaran.
“Saya mendapat tahu bahawa saya mempunyai alergi terhadap lateks, dan malangnya topeng wajah saya diperbuat daripada bahan ini. Keadaan saya menjadi semakin teruk, kerana setiap sentuhan mencetuskan reaksi. Dan pada akhir penggambaran apabila saya membuka topeng, wajah saya membengkak dan tekak terasa gatal. Saya kelihatan seperti sedang berlakon dalam filem seram,” jelasnya.