Menurut Guinness World Records, angka itu lebih mengagumkan jika mengambil kira jualan di Sepanyol yang mana ia dijual lima hari lebih awal tanpa disengajakan.
Penerbit memoir itu mengesahkan kepada Guinness World Records dalam satu kenyataan, “Hari pertama jualan Spare menyamai jumlah jualan hari pertama kesemua buku bukan fiksyen yang pernah diterbitkan oleh Penguin Random House.”
Menurut laporan, Spare dilancarkan di Amerika Syarikat dengan dua jua salinan dan cetakan kedua kini telah pun dijadualkan untuk memenuhi permintaan yang sangat tinggi.
Walaupun buku itu memaparkan harga RM155 di Amerika Syarikat dan RM149 di United Kingdom, sesetengah kedai menawarkan diskaun sehingga 50 peratus.