George dan Charlotte akan meninggalkan sekolah mereka di London, Thomas’s Battersea, dan bakal didaftar di sekolah di kawasan Windsor.
Walaupun persekolahan anak-anak menjadi sebab utama untuk Putera William dan Kate Middleton membuat perubahan (pindah), keluarga diraja itu akan menikmati kembali nostalgia di tempat “baharu”.
Ini kerana, Berkshire sebelum ini juga merupakan rumah kepada Bucklebury, tempat ibu bapa Kate, Carole dan Michael Middleton, membesarkan Kate dan dua adik-beradiknya. Keluarga Kate masih tinggal ditempat yang sama, dan ia memudahkan Kate untuk luangkan masa bersama keluarga.