Jelas pelakon berusia 27 tahun ini, mereka sepatutnya bernikah lebih awal namun ditunda ke bulan ini kerana situasi tidak mengizinkan.
Bakal melangsungkan perkahwinan secara sederhana mengikut prosedur operasi standard, dia mengharapkan agar majlisnya meriah dengan kehadiran ahli keluarga.
“Sebolehnya kami tidak mahu perkahwinan diadakan secara maya kerana ingin ahli keluarga kedua-dua belah pihak hadir menyaksikan sendiri majlis ini.
“Doakan agar majlis kami berjalan dengan lancar. Sekiranya dipermudahkan, kami akan teruskan dengan apa yang telah dirancang. Segala persiapan sudah siap hampir 80 peratus,” katanya.