Dari misi kerjaya dan peribadi, hingga perjalanan hidup yang mematangkan (mungkin juga menenangkan), Qasrina Karim terbuka berkongsi cerita.
Qasrina Karim, saya simpulkan seorang yang sangat tenang, orang kata sangat ‘chill’. Sering bertemu di pelbagai acara, dia memang murah senyuman, tambah manis dengan lesung pipitnya itu.
Sebelum aktif di layar perak dan kaca, wanita asal Subang Jaya ini lebih masyhur sebagai model. Jadi, bagi sesetengah orang, ‘penghijrahan’ Qasrina ke gelanggang seni lakon bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Terus bermula dengan filem (Kongsi raya), satu demi satu projek membuahkan kepercayaan akan bakat yang dimiliknya. Tahun depan saja paling kurang tiga filem sedang menunggu tarikh tayangan.
Di hari penggambaran, saya tiba lebih awal, baju-baju dari Universal Traveller tebal dan berat belaka, jadi perlu masa untuk dipersiapkan. Kebetulan pada hari itu, Qasrina tiada agenda, jadi kami punya masa dan ruang untuk bereksperimen idea, penggambaran berlarutan sehingga lapan jam. Bila saya memohon maaf, pantas dia menjawab, “eh okeylah. Tak ada apa pun hari ni.” “Kalau nak balik awal sikit pun tadi jem,” pengurusnya, Nik Ezah menyampuk.
Dua minggu selepas penggambaran, saya dan Qasrina serta Nik bertemu di Subang Parade. Kehadirannya pagi itu sangat santai, saya terasa bagaikan bertemu dengan teman-teman yang sudah lama kenal. Larut dalam bicara, berselang seli menghirup kopi, tanpa sedar hampir tiga jam kami bersua muka, meja-meja CC: Roasters yang awalnya lengang kini dipenuhi pelanggan.
Sudah beberapa tahun berada di gelanggang lakonan, sejauh mana berubahnya cara Qas bekerja?
Qas rasa selepas lebih kurang enam tahun berada didalam industri ada banyak bezanya. Mungkin dulu bila Qas masuk set Qas terlalu berfikir apa next step. Dan itu mungkin kerana Qas terlalu berfikir akan perasaan nervous tu, overthinking, nak buat macam mana, atau macam mana Qas nak carry out screenplay tersebut .
Berbanding hari ini, persediaan tu dibuat dari awal. Sebelum masuk set, Qas dah study skrip. Qas dah bayangkan dalam otak macam mana Qas nak carry out the screenplay. Selain daripada tu, Qas akan communicate dengan my sparring partners. How are we gonna carry out the screenplay? Pengalaman buat Qas sedar yang setiap scene bukan kerja individu. It’s a team effort, collective effort. So bila Qas dapat menjayakan scene tu dengan full of emotion and stuff like that, Qas percaya it’s because of the shared emotion with my sparring partner.
Setakat ini, projek mana yang secara peribadinya dekat dengan jiwa?
Banyak rasanya. Setiap projek itu berbeza. Setiap projek ada perasaan, ada approach yang berbeza. And a lot of it is very close to my heart atas sebab yang berbeza-beza. ‘Kongsi Raya’ filem pertama Qas, semestinya ia dekat di hati. Dan Qas rasa Qas sangat mentah masa tu. Cara Qas masuk set, approach set pun sangat mentah. Menariknya, pengarah pada waktu tu minta Qas jadi diri sendiri. “I tak nak you berlakon jadi orang lain. I nak you jadi diri you sendiri sebab tu I pilih you.”
So bila Qas dapat treatment macam tu daripada pengarah, diberi kepercayaan untuk menjadi diri sendiri, I feel macam dihargai in a very specific way. And also my sparring partner Wilson Lee. He was such a nice person. Sebab dia seorang yang sangat-sangat talented. Dia buatkan semuanya mudah dan bersahaja.
And then after that Legenda Puteri Qaseh. Walaupun sesetengah orang melihatnya sebagai satu cerita ringan, tetapi cerita itu mengajar Qas tentang kesabaran dan persahabatan. Kerana siri ini juga Qas mula rapat dengan Bella Dowanna sampai ke hari ini.
Walaupun nampak macam cerita simple, ada banyak banyak sangat benda yang Qas belajar. Ada a little bit of action, emotional scenes. Sampai ke hari ni masih ramai yang memanggil saya Puteri atau Princess because of that show. Bukan saja budak-budak tetapi you know adults juga masih panggil Qas Princess. And bila budak-budak come up to you and say Putri Qaseh, it’s a different kind of feeling. A different kind of satisfaction. Sebab budak-budak yang membesar tengok you on screen. And sometimes they say I want to be like that. And then the takeaway from Puteri Qaseh is kindness. And kindness is something yang Qas cuba praktis everyday dalam kehidupan. The message and the story very close to my heart.
Qas sebut tadi, pengarah minta Qas jadi diri sendiri untuk ‘Kongsi Raya’. Sejujurnya mudah tak untuk jadi diri sendiri bila Qas tahu sebenarnya Qas sedang berlakon?
Untuk ‘Kongsi Raya’ Qas rasa senang. Sebab ini adalah projek pertama Qas jadi mungkin Qas tak nampak perbezaan antara berlakon dan menjadi diri sendiri. And also there was so many times macam director akan cakap dekat Wilson, “buat dia gelak”. Dan dia tak mencuba, dia hanya buat lawak. Dan saya pula memang jenis mudah terhibur. Jadi senang. They made it easy walaupun sebenarnya ia bukanlah mudah untuk Qas. Qas kena bercakap Mandarin. So Qas sangat sangat in a way stressed on that set sebab ada banyak benda yang Qas kena work on. My Mandarin, my pronunciation. The acting was made easy sebab the trust and how the director wanted me to approach things. It was very natural.
Berlakon ni sejujurnya dilakukan kerana minat atau kerana peluang yang datang?
Pada awalnya memang kerana peluang yang datang. Minat itu berkembang bila saya mula berada di dalam industri. Tapi mungkin ramai yang tak tahu yang Qas sebenarnya sudah berada di depan kamera sejak kecil lagi, dari umur lima sampai sembilan tahun. Qas banyak buat komersial. Even Qas pernah muncul dama video muzik arwah Adibah Noor. Jadi, exposure tu memang dah ada sejak kecil.
Bila mula sekolah dan perlu fokus pada pelajaran, Qas stop semua benda tu. And then bila dapat tawaran ni lagi sekali, Qas rasa macam minat tu dah bercambah balik. Like I was reminded in the first place kenapa Qas buat benda ni dulu. So interest tu just it peaked again.
Dia mungkin hilang sekejap. And then bila Qas dah start balik, it just reignited the flame kiranya.

Apa wishlist Qas dalam lakonan?
Qas suka buat rom-com. I enjoy doing it. I enjoy the process of rom-com Tapi I think setiap pelakon ada rasa untuk explore, mencabar diri masing-masing. Terokai lebih banyak genre, begitu juga dengan Qas. Qas sentiasa nak mencabar diri dan tak mahu terbatas dengan rom-com. Saya mahu explore lebih banyak lagi, thrillers, horror, psychological thrillers. So basically a little bit of everything I would love to explore.
Bagaimana Qas melihat seleras penonton kita? Buat masa ini cerita berbentuk aksi lebih mendapat sambutan berbanding drama dan rom-com misalnya. Adakah hal ini menyebabkan penerbit mahu hasilkan cerita yang membawa pulangan semata?
First of all Qas rasa Malaysia punya entertainment industry dah berkembang so much from last time. We have so many action movies, rom-com are coming back. Biopik pun kita ada. But as we can see, genre lain besides action, kurang sikit sambutan. But I believe that Malaysians ni kita perlu bagi mereka masa sikit.
You know everybody needs time to, they need time to believe. So for us to reach here pun, for action movies, sekian lama baru kita sampai sini. Jadi saya percaya begitu juga dengan genre yang lain. Apa yang penting adalah pemain industri terus menghasilkan sesuatu yang menarik dan terbaik. And that is what I believe we are doing sekarang.
Adakah persepsi penonton juga mendorong sambutan atau sebaliknya?
Persepsi dan kerelaan untuk berbelanja. Kita kena letak itu dalam pertimbangan. Kerelaan untuk mengeluarkan duit dan meluangkan masa pergi menonton sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu bagus atau tidak.
Kadang-kadang bila orang dah bayar dan kemudian letakkan ekspetasi yang tinggi, dan akhirnya benda tu tak sampai. That’s why people get disappointed. So that’s why people are not willing to spend. Tapi a lot of times, macam ‘Terbang‘ sebagai contoh, tak ramai orang nak pergi tengok. Tapi bila dah tengok, I tak baca pun any bad reviews on ‘Terbang’. So that’s why we have to take that chance. Kita kena believe that something is good or even if it’s not, kadang-kadang kita perlu pergi dengan minda terbuka. That’s how you avoid any disappointment.
Okey, Bids nak kita berbual tentang hal wanita. Sebagai seorang wanita, adakah Qas menyusun fasa-fasa kehidupan Qas?
Sebelum ini, ya, memang Qas meletakan sesuatu yang mahu dicapai pada waktu tertentu. Tetapi apabila sudah berada di satu peringkat umur, Qas tak nak letak tekanan itu pada diri. Tak mahu bila tak dapat capai apa yang ditetapkan, akan ada rasa kecewa pada diri sendiri.
Tapi taklah terlalu chill sangat. I work hard. I work very, very hard, especially now more than ever to be able to reach that goal. Tapi dalam masa yang sama, Qas ada mindset yang kalau ada, ada. Because whatever will be, will be. Qas percaya pada rezeki. So kalau Qas tak dapat, mungkin belum masanya.
Apa yang dicari dalam hidup?
Um, I think my life goal is to be content. Content with my life. Happy. Qas tahu, dalam hal ini, bercakap lebih mudah dari melakukannya- untuk rasa happy dan tenang dalam kehidupan. Qas pernah berada dalam situasi di mana Qas rasa tak tenang walaupun Qas ada semua benda. So being able to be content with where I am at, with what I have, I think that is my greatest success.
Jadi apa sebenarnya yang membuat Qas gembira?
Being content, mampu ada masa untuk diluangkan bersama keluarga. Membuat orang sekeliling saya gembira dan bangga. Itu yang betul-betul buat saya happy.
Apakah perkara yang Qas untuk berkata ‘tidak’ hari ini, tetapi mungkin pada usia 20-an dulu mungkin sekadar menurut semata-mata untuk menjaga hati orang lain?
Semua situasi I hard to say no sebab saya memang people pleaser sebenarnya.
I tahu. Sebab tu I tanya soalan ni. Mungkin ada hal tertentu yang Qas dah sedia untuk say no. Kalau dulu mungkin menurut saja.
Qas rasa bila some people tend to overstep their boundaries. I’ve come to a point where I dah realize that you are overstepping your boundaries. You are taking advantage of me. Itu momen untuk Qas berkata tidak. Itulah waktunya Qas meletakkan dinding, put my foot down and say, “No, this is not it. I’m sorry. It’s not happening.”
Menginjak usia 30, apa sisi baru tentang diri sendiri yang Qas discover recently?
I value peace. I value the no drama life a lot more. It may be boring to some people, but I like boring.
Qas seorang yang suka rutin atau suka something yang surprising?
A bit of both. Mix of rutin and a little bit of surprises along the way. Qas memang ada rutin yang normal, bangun pagi, do my exercise sebelum keluar. Tapi ada hari-harinya yang saya suka untuk ada sedikit surprise. You know, it’s always a bit fun bila something just happens to come up.
Okey, pada usia sekarang, bagi Qas apa maksud grown woman?
Bagi Qas grown woman adalah seseorang yang tahu apa yang dia nak dalam kehidupan dia. Seorang yang tidak takut untuk berkata tidak bila mereka rasa mereka dieksploitasi. Wanita yang matang emosinya, yang apabila sesuatu terjadi dia tak mudah mending jari. Maybe she takes a step back, dia rationalize dulu, internally. And instead of reacting on the spot, maybe take a step back untuk fikir kenapa benda tu terjadi dan kenapa seseorang boleh bertindak sedemikian, misalnya. So having the emotional capacity untuk berfikir macam tu, to me that’s a grown woman. A grown person.

Apa yang Qas boleh simpulkan tentang diri Qas pada usia 20-an?
Oh, colorful. Um, fun. Sedih pula fikir pasal twenty. Tiba-tiba dah masuk thirties ni. But, uh, no regrets. Yeah, no regrets.
What’s your best decision in your twenties?
I think completing my education. Sebab Qas pernah ditanya kenapa masuk industri lambat sangat. Qas mula berlakon pada umur 24 tahun, sebaik tamat belajar. Masa on set, ada pelakon ni tanya, “Kenapa you berlakon lambat sangat?” And masa tu Qas tak sedar yang Qas dikira lambat. Qas pun tertanya sendiri, eh 24 ni lambat ke? Tiba-tiba ada rasa insecure. Sebab dia kata, yalah tengoklah like orang-orang lain semua start muda-muda. Sebab number one macam tiba-tiba rasa, oh I tak cukup bagus ke? And then masa tu I think especially untuk pelakon perempuan, dia lambat sikit nak naik dibandingkan dengan pelakon lelaki. Lelaki they can do one, two shows and then boom, diorang meletop. Tapi perempuan it really takes time. So bila saya ditanya benda tu, saya rasa macam insecure, takut.
And then I terfikir like, oh what if I didn’t sambung my study. Maybe I boleh masuk industri lagi awal. But as time goes on, saya sedar, yang pertama, semua orang ada rezeki masing-masing. Keduanya, saya pendidikan yang boleh dijadikan satu jaminan, if anything happens to me, I always have my degree which nobody can take away from me.
And education is something yang I feel like you cannot gain anywhere else. Apa saja yang saya belajar di universiti dan juga friendship yang saya bina di sana adalah sesuatu yang dibawa sampai ke hari ini. So, masa tu mungkin ada orang pertikaikan, tapi it’s something that I look back and I’m grateful I finished it.
Meniti usia 30-an ini apa yang mahu diubah tentang diri sendiri?
Qas mahu lebih lebih berani untuk explore, bukan sekadar berlakon. Saya seronok di mana saya berada sekarang, tapi dalam masa mahu belajar lebih banyak perkara, bukan terbatas pada lakonan semata. I am happy with where I am at in my acting career, tapi at the same time, I want to explore the things behind the camera. There’s so much more to acting yang kita tengok. Apa yang orang nampak adalah yang di depan kamera saja. Tapi what happens behind the scenes is so much more. There’s directing, producing, script writing.
I think not many people know tapi dulu Qas sebenarnya tulis quite a lot, especially back in uni. I did literature. So I did a lot of writing. And I feel like I want to get back into writing. So, I think in my thirties I want to explore more beyond the camera.

Bila qas rasa unsure dengan diri sendiri atau dalam membuat pilihan, apa yang dilakukan?
I pray.
Tapi ada sesiapa yang sering menjadi tempat bercerita?
Ada, of course. If anything Qas akan call my sister. She is my number one. Even bila nak masuk industri ni, she is the first person I called. Sebelum Qas mula berlakon, Qas buat modelling dulu, and Qas terima DM untuk pergi casting. Masa tu pun I called my sister. I said, “Uh, should I go? Should I not go?” And then dia macam, “Pergi je dik. Kalau tak jadi, tak apa. You know, nothing to lose.”
Sama juga masa Qas dapat e-mel untuk casting Kongsi Raya, which was my first ever acting gig. She said the same thing. So she’s like my go-to person kalau I tak sure apa-apa I will go to her. Jika bukan dia, my brother, my abang dan kakak ipar.
I have a very supportive family unit. They are my go-to in everything dan sangat menyokong apa saja yang saya lakukan. My dad juga terbuka untuk Qas buat apa saja, bagi dia yang penting adalah saya gembira dengan apa yang saya usahakan.
Generally, pada pendapat Qas, apakah cabaran terbesar dihadapi perempuan hari ini?
Where do I start? Qas rasa perempuan sering menjadi subjek kritikan. Lebih-lebih lagi sekarang dengan adanya media sosial, we’re just always a subject to criticism. For some reason, we’re always targeted for every single thing. Been there, done that. Yeah. What was the question?
Maaf, tapi Bids ada satu teori dan persepsi yang Bid simpulkan dari pemerhatian. I could be wrong, yang sering mengkritik atau menjatuhkan perempuan adalah dari kalangan perempuan sendiri. Kita ambil contoh, yang kritik mekap nikah Sofea Shra adalah di kalangan perempuan juga.
Honestly I don’t have an answer to that. I really don’t know why the how I say the gender biasses is very different. Lelaki dari dulu lagi sampai sekarang lebih mudah dimaafkan jika nak dibandingkan dengan perempuan. Perempuan kalau silap salah sikit nak comeback tu sangatlah susah. Tak tahu ada yang pernah comeback ke tak selepas dijatuhkan. I mean I cannot think of anyone. Tetapi Qas rasa Qas tak ada japan kepada situasi ini.
It’s just we live in a day and age where it’s just unapologetically hard to be a woman. So if anything I just have the utmost respect untuk perempuan because it’s just really hard for us in this industry. You know but to ask why is it like that for girls I really don’t know. Qas tak ada jawapan itu.
Bagaimana sebaiknya woman should treat another woman?
Of course I believe girls need to support girls. You know it’s already tough for us. Jadi jangan jadikannya lebih susah. Kita hanya perlu sokong antara satu sama lain. And of course given the situation lah. You know if nothing and no one is in the wrong then there’s nothing wrong with supporting girls. There’s really no I don’t see anything good from criticizing too much. Because macam Bids cakap tadi kan like makeup Sofia Shra. She likes it. At the end of the day it’s her wedding. It’s her makeup. It’s her money. Why are we so quick to judge? Well lelaki pun sama je sometimes.
But everyone is just so quick to judge. I feel like it’s not fair. So kita kena buang mindset judgmental tu sebenarnya. Mind our own business. Sebab percayalah kita semua akan lagi tenang bila we mind your own business. Less critical on things that don’t matter. Dalam dunia ini ada isu yang lebih renting yang perlu diberi perhatian kalau nak dibandingkan benda-benda kecil. Bila you bawa ke Thread, benda tu jadi luar kawalan. Kadang-kadang yang viral tu adalah benda yang tak patut viral pun.
Sebab tu kadar buli siber di Malaysia tinggi!
Yes exactly. Malaysia nombor dua di Asia. Dan benda itu sebenarnya agak memalukan. Orang tak akan sedar atau nampak kesan dan trauma yang seseorang harus lalui akibat buli. Literally shapes a person because of all that they went through through bullying. So stop bullying.
Sebagai selebriti, Qas bekerja dan bertemu dengan ramai orang. Bagaimana Qas ‘diconnect’ dari dunia?
Bercuti. Bercuti itu satu ruang untuk reset and heal.
Bids perhatikan, Bella Dowanna dan Hun Haqeem adalah dua selebriti yang paling rapat dengan Qas, even kerap bercuti bersama.
Safe to say kita orang sama kepala. Walaupun personalitinya berbeza tapi kami ada kefahaman yang sama. Bila kita travel, lain orang lain caranya. Ada yang adventurous , ada juga yang jenis tengok-tengok saja. Tapi kami bertiga memang suka explore the city tapi dalam masa yang sama kami ada our own pace. It’s very nice mix. Bella crazy fun one, Qas pula lebih tenang dan Hun is a bit of both. So it’s a very nice mix bila kita travel.
Siapa decision maker antara kalian bertiga?
Not me. Selalunya Qas ikut saja. Bergantung pada tempatnya juga. Kita pernah ke Korea, pernah pergi Jepun. Masa di Korea, Bella lead., sebab tu kira kampung dia. Bila pergi Jepun, Hun yang lead, sebab tu kira kampung dia.
Bila-bila travel, apa yang dibawa pulang? Bukan barang, tapi mungkin secara rohaninya apa?
Semestinya perasaan dan memori. Kunjungan ke Jepun baru-baru ini dianggap sebagai healing trip. It was a quick reset walaupun kita pergi dalam masa yang agak singkat. Ketika itu Qas memang sibuk dan hanya ada lima hari cuti. Bella dan Hun baru habis shoot, and they’re like “Qas jom travel”. And Qas cakap Qas ada lima hari je cuti. They were like “It’s okay, lima hari cuti, lima hari kita pergi. Kita kena pergi sekarang. You kena reset”.
So you think is it important for you to reset?
Of course. Hidup kita ni very overwhelming. Ada banyak benda yang orang lain tak nampak tapi kawan-kawan dan keluarga tahu. Sangat penting untuk ada teman dan keluarga yang ambil berat tentang kita, dan mereka memang nak yang terbaik untuk kita. Perlu untuk ada orang yang nak kira rasa ‘best’.
Macam orang kata travel mengubah diri kita.
Yes definitely.

Ada yang berpendapat bila travel kita mungkin akan jumpa sisi diri kita yang lain. Jadi trip mana yang membuatkan Qas rasa begitu?
Qas pernah ke UK selama dua bulan pada tahun 2017. Ambil peluang cuti semester dan tinggal bersama kakak yang kebetulan tengah belajar di sana. Qas ambil peluang untuk travel sendirian bila ada masa, explore other countries. Being able to travel on your own, walking in a place that you are unfamiliar with changes a person so much. And then you realize how small and insignificant you are in the world.
Bila kita tinggal di negara kita sendiri tak keluar tak explore, minda kita tak terbuka. Bila kita adalah minoriti di satu-satu tempat, kita akan belajar banyak tentang diri kita. Ia juga membuka minda untuk lebih terbuka. Ia membuat kita lebih peka dengan dunia. Kerana itulah mengapa pentingnya self discovery. Solo travelling benar-benar mengubah diri. It opens you up so much in ways that I don’t know how to explain. There’s a sense of self discovery and also a sense of keberanian into it.
Okey soalan akhir, dan Bids rasa semua orang melaluinya lebih-lebih lagi di dunia digital ini. Agak sukar untuk kita being present. Bagaiman dengan Qas dan apa nasihat untuk kita lebih ‘present’ dengan momen yang kita lalui.
Bagi saya to be present and to be in the moment bermula dengan hati dan minda. Kedua-duanya perlu seiring. You need to understand and realize your purpose sebenarnya. Kerana ini juga cara how I approach acting. Berlakon bukan sekadar menghafal skrip, tapi ia juga tentang perasaan dan memahami apa yang kita bicarakan. So that’s the same thing as being present.
Ada masanya kita perlu ambil selangkah ke belakang dan melihat sejauh mana sudah kita berjalan. Sampai kita soal diri kita sendiri, how am I here? Apa yang dah kita usahakan untuk sampai ke sini? Dan bagi Qas itu juga cara untuk kita sedar and being present. Dan Qas percaya hal ini akan berlaku pada orang yang dah lalui macam-macam dalam jalur hidup mereka. Dari situ akan lahir refleksi diri dan kematangan.






