Dua tahun lalu Robert berkata kepada GQ bahawa dia tidak akan bersenam dan membina otot demi watak filem. Kini selepas menjalani latihan ketat selama enam minggu, dia mengakui menyukai rutin senaman yang dilakukannya.
Dalam temu bual bersama On Demand Entertainment baru-baru ini, Robert berkata dia belajar untuk menikmati proses mendapatkan susuk adi wira bagi penampilan sulungnya dalam filem komik itu.
Dia pernah memberitahu Healthy For Men bahawa peranan Batman membantunya menikmati dunia kecergasan dan dia mendapat inspirasi daripada bintang Marvel iaitu Chris Ecans, Chris Hemsworth dan Robert Downey Jr.